Wednesday 21 January 2009

Lambang salib di sekolah timbulkan keresahan


ALOR SETAR - Seni bina menyerupai lambang salib yang terdapat di bangunan sebuah sekolah baru di Pokok Sena dekat sini menimbulkan keresahan masyarakat tempatan.
Mereka mendakwa bangunan sekolah kebangsaan itu dibina dengan mempunyai unsur-unsur lambang Kristian sedangkan sekolah itu mempunyai pelajar daripada kalangan kanak-kanak Islam.
Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pokok Sena, Haris Che Mat berkata, beliau menerima aduan penduduk mengenai objek seakan-akan salib itu sejak beberapa bulan lalu.
"Saya minta pihak Kementerian Pelajaran segera mengubahsuainya," menurut beliau.
Pengarah Pelajaran Negeri, Shahidan Abdul Rahman ketika dihubungi berkata, beliau akan memastikan masalah berkenaan diatasi sebelum sekolah itu dibuka pada Mac ini. - Bernama


jongkomeng: Pihak2 yang telibat dalam pembinaan, bermula daripada arkitek dan seterus hendak peka dengan pelan dan bangunan yang hendak dibina. Perkara begini mungkin berlaku tanpa sedar, namun ia boleh dielakkan sekiranya pihak2 tertentu lebih teliti dalam penyediaan pelan dan sebagainya.


Apabila aduan telah dibuat tindakan segera harusah dilakukan, kerana lambang ini berkaitan dengan 'keagamaan'.

3 comments:

  1. salam,

    tok dinafikan ado salib kat situ tapi takan la benda lagutu jah hok nok diperjuangkan oleh umno pokok sena? bab bayi2 keno bue koksir kokdam tu lagumana? bab bohsia bohjan? bab mat rempit? bab dadah? bab sekedudukan tanpa ikatan nikah kawin?

    ReplyDelete
  2. memang ada yg sengaje letak tu..lagipun memang gerakan itu bersungguh2 nk menguasai bkn stakat orangnya..sistemnya..pendidikannya..serba serbi bahkan bangunan dan kawasan...sikit2 sampailah keseluruhannya..selagi x bjaya selagi tu tak berenti..kita kena hati2..

    ReplyDelete
  3. amat mengecewakan kalu terjadi ditengah2 kawasan penduduk islam...sepatutnya pihak bertanggungjawab membaiki secepat yg mungkin..

    ReplyDelete