Thursday 8 January 2009

Mahasiswa, pelajar sekolah dibenar sertai demonstrasi kutuk Israel

KUALA LUMPUR: Pelajar universiti di negara ini dibenar menyertai mana-mana demontrasi membantah tindakan kejam Israel menyerang Palestin manakala pihak universiti pula boleh menganjurkan demontrasi bantahan itu, kata Menteri Pengajian Tinggi Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
Katanya kementerian tidak mempunyai sebarang halangan kepada pelajar dan universiti untuk membuat bantahan seperti itu berikutan pindaan terhadap Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) yang diluluskan Parlimen bulan lepas, yang membenarkan pelajar bersekutu dengan atau menjadi anggota sesuatu pertubuhan, persatuan atau organisasi sama ada dalam atau luar negara.
"Pindaan kepada AUKU membenarkan pelajar untuk bergiat dalam aktivitiaktiviti sebegini rupa, maka tidak ada halangan untuk mereka menyatakan sikap dan pendirian menyertai usaha yang dilakukan.

jongkomeng: Nampaknya pelajar UM Nilam Puri dan KIAS telah mengambil tindakan yang proaktif apabila mereka telah berdemonstrasi mengutuk kekejaman Israel pada minggu lepas.

Pelajar IPT/IPTS sepatutnya diberi ruang yang lebih luas untuk menyatakan pendirian mereka terhadap isu-isu yang berlaku dalam negara.

Walaubagaimanapun, kenyataan menteri berkenaan merupakan satu permulaan yang baik kearah 'kebebasan' pelajar dalam menyatakan pendirian mereka terhadap sesuatu isu yang berlaku dalam negara.

No comments:

Post a Comment