Friday 9 January 2009

2 polis dilanggar mat rempit


k0smo online

KUALA TERENGGANU - Pegawai Turus Trafik Negeri, Asisten Supritendan Ismail Man dan seorang anggota trafik cedera dirempuh mat rempit dalam dua kejadian di sini semalam.
Dalam kejadian di Wakaf Mempelam pukul 2.15 pagi, Ismail patah tangan kiri setelah dihimpit oleh seorang mat rempit, ketika beliau turut melakukan rondaan di situ.
"Pegawai terbabit turut melakukan rondaan mencegah lumba haram sebelum terserempak dengan sekumpulan mat rempit yang melakukan aksi wheelie.
"Apabila dihampiri, kumpulan mat rempit itu cuba melarikan diri dan salah seorang daripada mereka menghimpit motosikal yang dinaiki oleh mangsa menyebabkan beliau terjatuh dan tercedera," kata Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shukri Dahlan kepada pemberita semasa melawat Ismail di Hospital Sultanah Nur Zahirah di sini semalam.
Mohd. Shukri berkata, mat rempit berkenaan turut terjatuh tetapi berjaya melarikan diri.
Tidak sampai 15 minit selepas kejadian itu, seorang anggota trafik Lans Koperal Alfauzi Abdullah, 28, patah kaki kiri akibat dirempuh oleh seorang mat rempit di Jalan Sultan Mahmud.
Mangsa dilanggar ketika cuba menahan sekumpulan mat rempit dari arah Jalan Kamaruddin menghala ke pusat bandar, menyebabkan Alfauzi terjatuh dan cedera, sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk diberi rawatan lanjut.

jongkomeng: Berita begini dah selalu kita baca. Kenapa sampai jadi begini ? Senang cerita, pepatah ada mengatakan "api masa kecil jadi kawan, bila besar jadi lawan".

Semasa para remaja mula berjinak2 dalam arena merempit tak ada siapa peduli hatta mak bapak sekali pun. Pendapat seorang bapa "daripada dia dok congek (angkat tayar depan) motor orang, baik beli bagi dia, biar dia congek hak sendiri".

Sepatutnya undang2 yang lebih berat dikenakan kaepada para perempit seperti; merampas motorsikal, penjara dan sebagainya.

Kalau yang patah kaki tu mat rempit, macam2 orang tuduh polis.

1 comment:

  1. memang matrempit ni kasar..kita langgar dia..dia lawan...dia langgar kita..dia lawan..so kalau polis nak ambik tindakan polis kena main kasar jugak..memang kena ambik tindakan..tak boleh biar..pemimpin kena bantu..ibubapa kena kerjasama..anak salah nak di backup jugak..semua pihak kena tolong ikut cara dan keadaan masing2..

    ReplyDelete