Tuesday 20 January 2009

MENIPU UNTUK KELUARKAN DUIT SENDIRI ?

Dakwa 31 tipu wang KWSP
KUALA LUMPUR - Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) kini dalam proses pendakwaan terhadap 31 kes penipuan pengeluaran perumahan yang melibatkan pencarumnya dipercayai akibat terpedaya dengan sindiket pengeluaran kewangan di negara ini.
Terbaru, tiga ahli KWSP didapati bersalah oleh mahkamah atas kesalahan itu dan didakwa di bawah Seksyen 59, Akta KWSP 1991 yang membawa hukuman denda antara RM600 dan RM2,000.
Pengurus Kanan Perhubungan Awam KSWP, Nik Affendi Jaafar ketika mendedahkan perkara itu berkata, kes penipuan pengeluaran perumahan ini adalah susulan daripada beberapa kes penipuan pengeluaran membabitkan pengeluaran pendidikan dan kesihatan sebelum ini.
"Mereka berjaya dikesan apabila ahli mengemukakan dokumen palsu bagi menyokong permohonan pengeluaran berkenaan," katanya kepada Kosmo! semalam.
Mengulas lanjut mengenai senario ini, Nik Affendi berpendapat, keadaan ekonomi semasa yang kurang memberangsangkan adalah antara faktor yang mempengaruhi segelintir ahli untuk menggunakan cara yang tidak sah bagi mengeluarkan simpanan caruman mereka.

jongkomeng: Nak keluarkan duit sendiri pun kena menipu. Jati diri keislaman itu penting, kalau tidak, belajar tinggi2 pun, bila kerja; menipu, rasuah, salah guna kuasa dan sebagainya.

4 comments:

  1. Pendidikan agama penting untuk benteng dalaman generisi sekarang dan akan datang

    ReplyDelete
  2. tak psl2 kena byr denda..hish

    ReplyDelete
  3. masalahnya..duit kwsp tu duit pencarum jgk..yg diwajibkan xkira stuju ke xstuju..dah dia punya patutnya dia ada hak..tapi dh undang2 telah ditetapkan so xpsl2 terikat dgn undang2..btul la asalnya nak mudahkan di masa tua..masalahnya duit tu jd sumber kewangan pihak tertentu lak..pastu pihak tu pakai secara salah xpe..pencarum ambik duit sendiri xboleh..kalau tipu kena pulak..ntahle..pikirsendirilah..
    malas komen pjg..atas tu kira tersasul..

    ReplyDelete
  4. pikirsendirilah,

    patutnya gitulah, supa hak demo kata tu lah, zaman la ni macm2 di 'ejas' utk membolehkan duit orang lain digunakan secara 'halal'.

    ReplyDelete