Friday 16 January 2009

Keputusan diketahui sebelum 10.30 malam

Kosmo online
KUALA TERENGGANU - Keputusan bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu dijangka diketahui selewat-lewatnya pukul 10.30 malam ini.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, jika segala-galanya berjalan lancar kemungkinan keputusannya diumum lebih awal.
"Proses pengiraan undi akan dimulakan sebaik semua peti undi ditutup pada pukul 5 petang," katanya ketika melawat Pusat Media pilihan raya kecil di sini semalam.
Mengenai pengundi pos, menurut beliau, 813 orang daripada 1,035 pengundi pos telah membuang undi masing-masing.
Jumlah itu, katanya, tidak termasuk mereka yang menerima kertas undi melalui pos dan keseluruhan jumlah undi pos hanya diketahui selepas semua kertas undi dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 5 petang ini.

jongkomeng: Kepada pengundi P36 Kuala Terengganu., pilihlah dengan bijak. Wawasan manusia melangkaui batasan dunia, apa2 yang diperbuat didunia akan dipertanggungjawabkan di akhirat. Semoga selamat dunia dan akhirat.

2 comments:

  1. tertarik ayat ni - "Mengenai pengundi pos, menurut beliau, 813 orang daripada 1,035 pengundi pos telah membuang undi masing-masing.
    Jumlah itu, katanya, tidak termasuk mereka yang menerima kertas undi melalui pos dan keseluruhan jumlah undi pos hanya diketahui selepas semua kertas undi dikembalikan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya pada pukul 5 petang ini"

    itu pasal ada time tertentu tu..dah kira semua tiba2 datang kertas undi pos dan memberi kemenangan..padahal undi pos ni awal..mesti pengundi tu dapat melalui pos biasa dan hantarpun pakai pos biasa..bukan poslaju..

    Ntahle..

    ReplyDelete