Monday 12 January 2009

Disebat padah minum arak

KUANTAN - Mahkamah Tinggi Syariah di sini semalam menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan enam sebatan mengikut hukum syariah ke
atas seorang lelaki dan seorang wanita yang mengaku bersalah meminum arak.
Hakim Datuk Abdul Rahman Yunus menjatuhkan hukuman itu selepas kedua-dua tertuduh, Mohd. Nasir Mohamad @ Sulaiman, 38, dan Noorazah Baharuddin, 22, mengaku melakukan perbuatan yang dilarang oleh agama Islam itu tahun lalu.
Mohd. Nasir dituduh meminum arak jenama Tiger Beer di Fun Pub, Holliday Villa, Cherating, pada 11 Julai lalu, pukul 11.37 malam. Dia telah berkeluarga dan mempunyai empat orang anak, bekerja dengan sebuah syarikat perkapalan di Kemaman, Terengganu.
Sementara itu, Noorazah yang bekerja sebagai seorang pelayan di sini, dituduh meminum arak jenama Heineken di Black Forest Pub, Jalan Gambut dekat sini, pukul 1.20 pagi pada 12 Julai tahun lalu.Kedua-dua tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 136 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang 1982 dan dihukum di bawah Seksyen 4 Enakmen Pentadbiran Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (Pindaan) 1987.

jongkomeng: semoga menjadi iktibar kepada orang lain

1 comment:

  1. zaman nabi sebat 40 sebatan..saidina umar sebat 80 sebatan sebab kes bertambah dan nak bagi orang serik untuk minum arak..

    ReplyDelete