Sunday 4 January 2009

BI: Gapena tetap ambil tindakan undang-undang

Malaysia Kini
Jimadie Shah Othman Jan 5, 09 2:03pm


Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) tetap dengan pendiriannya yang mengancam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan berhubung isu pengajaran dan pembelajaraan sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI)."Kita akan buat laporan polis, kita akan ambil tindakan undang-undang," kata Setiausaha Satu Gapena, profesor madya Zainal Abidin Borhan. Bagaimanapun, katanya, maklumat lanjut berhubung tindakan Gapena itu masih belum diputuskan.Sebaliknya, kata Zainal, perkara itu akan dibincangkan lanjut dalam satu pertemuan khas bersama NGO-NGO Melayu lain di ibu pejabat gabungan itu di Kuala Lumpur malam ini.



jongkomeng: Kita tunggu dan lihat, kita mahu yang terbaik untuk anak2 kita. Jangan sampai anak2 dijadikan bahan ujikaji ahli2 politik.

1 comment:

  1. Yang peliknya Gapena ini setelah sistem itu berjalan baru nak bising. Dulu senyap aje. Ini kes tak cukup makanlah ni.

    ReplyDelete