Friday 30 January 2009

ARAK IBU MAKSIAT 3

Kosmo online

31.1.2009

BUTTERWORTH - Seorang penumpang bas warga Vietnam yang dipercayai mabuk bertindak melarikan kenderaan itu tatkala ia ditinggalkan oleh pemandu untuk solat Jumaat dengan enjin masih hidup berhampiran Masjid Jamek Alor Merah, di sini semalam.

Tindakan nekad lelaki berkenaan yang mungkin mendapat dorongan tujuh lagi rakan senegaranya dalam bas RapidPenang itu, bagaimanapun tidak bertahan lama apabila ia terbabas hanya selepas memandu sejauh 50 meter.

Bas itu kemudian melanggar tiang elektrik, melepasi sebatang parit dan merempuh dinding sebuah rumah kayu sewaktu penghuninya, Oh Kack Ching, 83, sedang tekun menguli tepung membuat mi sanggul yang ditempah pelanggan.

Dia bagaimanapun hanya terkejut besar dan tidak cedera.

Sebaik kemalangan berlaku, lelaki warga Vietnam itu bersama seorang rakannya sempat melarikan diri manakala enam lagi ditahan polis.

jongkomeng: Peringatan kepada pemandu2, matikan enjin kereta/kenderaan anda apabila keluar sebentar kerana perkara yang tidak terduga boleh berlaku dimana2 saja.

1 comment:

  1. aku baca harianmetro lain skit citernye..dia x katapun kes orang mabuk..tapi memang dua org vietnam tu hilang lepas kes tu..sah2 dh 2org tu suspek..

    ReplyDelete