Thursday 22 January 2009

ARAK IBU MAKSIAT 2

Ibu diperkosa selepas pesta tuak
Oleh Johary Indanbhnews@bharian.com.my
TUARAN: Majlis minum tuak atau aramaiti dalam bahasa Kadazandusun yang dianjurkan seorang ibu tunggal di sebuah kampung dekat sini kelmarin, bertukar tragedi apabila dirogol seorang daripada tetamunya selepas mabuk kerana terlalu banyak minum minuman itu. Mangsa berusia 45 tahun itu dipercayai dibawa ke dalam biliknya dan dirogol lelaki berumur 30-an itu tanpa disedari tetamu lain yang kebanyakan mereka adalah jirannya kerana dipercayai terlalu khayal dan mabuk. Kejadian dipercayai berlaku jam 9 malam ketika tetamu sedang berhibur dan menari. Lelaki berkenaan dijemput datang dan terpaksa berjalan kaki kira-kira setengah jam melalui denai hutan untuk ke rumah di Kampung Rungus Nabaha itu.
selanjutnya: http://www.bharian.com

jongkomeng: No komen

2 comments:

  1. Teringat kisah di Kelantan sewaktu Tok Guru mula nak hadkan penjualan arak suatu masa lalu. MCA tak setuju. Tok Guru kata, "Gi lah mu minum samapai pecah perut".

    Saya dah linkan blog ini dengan blog saya http://bongkarsauh.blogspot.com/

    ReplyDelete
  2. ::: dengan sifat "qudrat" yang ada pada allah .. maka allah sahaja berkuasa ke-atas setiap sesuatu .. tiada lagi yang berkuasa selain allah .. segala-galanya adalah lemah .. dengan sifat lemah yang ada pada makhluk inilah kita wajib mengikut segala arahan yang telah diturunkan kepada kita ..

    namun terdapat juga segelintir manusia yang masih lagi mempertikaikan apa yang telah allah turunkan sebagai panduan .. seperti hukum yang terdapat di-dalam al-quran tidak sesuai .. cara lama dan bermacam-2 lagi alasan yang digunakan untuk tidak berhukum dengan hukum yang telah allah tetapkan .. allahurabbi .. na'uzubillah .. :::

    ReplyDelete