Sunday 30 May 2010

KG BARU OH KG BARU....

Penduduk bantah bagi kepada bukan Melayu


CADANGAN pembangunan Kampung Baru dibuka kepada bukan Melayu dan pelabur asing dibantah oleh penduduk kampung itu.


KUALA LUMPUR - "Jangankan 40 peratus, seinci tanah Kampung Baru pun akan kami pertahankan daripada statusnya diberi kepada bukan Melayu."

Demikian tegas sebilangan besar anak jati kampung tradisional Melayu itu yang terletak di tengah-tengah kota metropolitan Kuala Lumpur ketika ditanya mengenai cadangan supaya 40 peratus pemilikan hartanah kampung tersebut dijual kepada golongan bukan Melayu.

Mereka berpendapat, biar pun cadangan itu bertujuan untuk pembangunan dan pemodenan namun, bagi mereka, Kampung Baru merupakan satu-satunya rizab Melayu yang tidak wajar dikorbankan.

Ahmad Sabir Mukisan, 34, yang terkejut dengan cadangan itu berkata, ia satu-satunya tanah rizab Melayu di ibu negara yang tidak wajar diganggu.

"Kalau tanah ini mahu diusik, mana lagi orang Melayu hendak pergi," katanya yang lebih 30 tahun menetap di situ.

Rakannya, Mohd. Fazli Talib, 42, yang memiliki sebuah bengkel motosikal pula menegaskan, cadangan itu seolah-olah isyarat untuk mengusir penduduk keluar dari kawasan itu secara perlahan-lahan.

"Mula-mula hanya 40 peratus tetapi perlahan-lahan pemilikannya akan berkembang tanpa sesiapa menyedarinya dan akhirnya mereka akan menjadi majoriti," katanya.

Abdul Ghani Mohd. Noor, 46, berkata, cadangan itu bagai dijangka kerana banyak pihak tidak sabar untuk menukar wajah Kampung Baru menjadi kawasan pembangunan moden.


jongkomeng: Kalau kampung baru nak dimajukan, maka di sana akan muncul bangunan yang berpuluh tingkat. Persoalannya mampukah orang Kampung Baru memiliki walau 'setingkat' daripada bangunan itu??

Jadi yang moleknya jadikan kampung baru 'tapak warisan' yang kalau orang datang KL, mesti nak pergi Kg Baru kerana 'tarikan yang ada disana'.

Oleh itu pertingkatkan prasarana di Kg Baru, perparitannya, kedai2nya, pasar malamnya jalannya dan macam2 lagi.....

3 comments:

  1. Saya anak jati Kg Baru.
    Yg nak membantu ni ramai yg nak ambik kesempatan. Buat untung atas angin. Mereka ingat kami bodoh.

    Kalau tak membangun pun kami tak kisah. Kami bukan orang miskin/merempat. Itu harta pusaka kami. Ikut kami la nak buat apa. Tak payah nak ajar kami. Kami bukan bodoh.

    ReplyDelete
  2. Setuju dgn anak jati kg baru, kekalkan kampung baru dengan apa yang ada, cumanya kalau perlu dinaiktaraf kemudahan yang ada disana, kerajaan buatlah....habis cerita.

    Katakan ada orang kampung baru yang kaya raya yang nak membangunkan 'tanahnya', buatlah sebagaimana yang berlaku di tempat lain.

    ReplyDelete
  3. Saya ada cadangan....kalau nak bangunkan kampung baru, dengan syarat setiap pemilik di atas harta Kampung Baru diberi;
    1. RM 3,000,000.00 tunai/bon
    2. 1 kondominium berkeluasan 3000 kaki persegi
    3. 3 petak parking lot percuma
    4. 1 ruang perniagaan seluas 1600kps.
    Ha ha.. ada mau. yang selebihnya..lantak hang lah.

    Pemaju cuma perlu membayar kepada setiap pemilik sebanyak RM 3 juta lebihkurang. Kalau 1500 orang baru 6 Bilion saja. Mereka masih untung ratusan bilion lagi.

    ReplyDelete