Tuesday 10 March 2009

STPM: Jumlah calon dapat 5A merosot

KUALA LUMPUR - Jumlah pelajar cemerlang yang mendapat 5A berkurangan sedikit dalam keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) 2008 yang diumumkan semalam.

Pengerusi Majlis Peperiksaan Malaysia, Prof. Datuk Dr. Dzulkifli Abdul Razak berkata, pada tahun lalu seramai 13 pelajar telah mencapai prinsipal A dalam lima mata pelajaran berbanding 25 orang pada tahun 2007.

"Jumlah itu meliputi 10 orang pelajar aliran sains manakala tiga orang lagi ialah pelajar aliran sastera.

"Secara keseluruhan bilangan pelajar yang mendapat gred A dalam lima dan empat mata pelajaran ialah seramai 267 orang pada tahun 2008 berbanding tahun 2007 iaitu seramai 445 orang daripada kedua-dua aliran," katanya selepas pengumuman keputusan STPM 2008 dan penyampaian anugerah pelajar cemerlang di sini semalam.

Bagaimanapun, Dzulkifli menambah, peperiksaan yang dijalankan dari 12 November hingga 4 Disember lalu itu menyaksikan pengurangan calon sebanyak 16 peratus iaitu 53,638 calon pada tahun 2008 dan 66,048 pada tahun 2007.

"Pengurangan ini bukan sebab ramai pelajar yang tidak yakin atau percaya terhadap STPM, tetapi kemungkinan mereka mendapat tawaran belajar di kolej atau menyambung pelajaran di luar negara," kata beliau.

Katanya, walaupun berlaku pengurangan calon namun prestasi pada 2008 naik sebanyak 0.65 peratus di mana seramai 46,277 calon telah lulus penuh (peringkat prinsipal).

jongkomeng: Tahniah kepada pelajar2 yang berjaya. Tahun 70an & 80an adalah era kegemilangan 'tingkatan 6'. Perkembangan terkini melihatkan kekurangan minat pelajar menyambung pelajaran ke tingkatan 6. (2007-66048, 2008-53638, pengurangan sebanyak 12410)

Antara faktor kekurangan minat ini mungkin imej 'budak sekolah' masih menyelubungi pelajar tingkatan 6. Tingkatan 6 juga merupakan pilihan terakhir (bg sesetengah pelajar) setelah tidak mendapat tawaran ke IPTA.

Jadi pihak Kementerian Pelajaran patut berbuat sesuatu agar tingkatan 6 menjadi lebih menarik untuk pelajar menyambung pelajaran mereka.

No comments:

Post a Comment