Monday 9 March 2009

Keluarga nelayan berpiket - Bantah ‘orang luar’ miliki tanah rizab kerajaan sewenang-wenang

BACHOK - Lebih 100 keluarga di Projek Penempatan Nelayan Kampung Kandis di sini berpiket secara aman semalam sebagai membantah tindakan Pejabat Tanah dan Jajahan (PTJ) Bachok serta kerajaan negeri yang didakwa membenarkan 'orang luar' memiliki tanah rizab kerajaan untuk dijadikan tapak semaian tanaman.

Kosmo! difahamkan sebahagian daripada peserta projek itu telah memohon pemilikan tanah berkenaan sejak 2003 tetapi gagal mendapatkan hak milik.

Mereka sebelum ini didatangi juruukur tertentu yang mendakwa tanah itu sudah diberi geran milik kepada pihak lain yang tidak terlibat dengan Projek Kampung Nelayan.

Pengerusi Gerakan Desa Wawasan (GDW) kampung berkenaan, Mustapha Mohamad berkata, Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kandis telah memilih peserta dalam kalangan nelayan untuk terbabit dalam penanaman dan pengawetan tembakau secara koperatif serta mengusahakan tanaman jangka pendek.

Setiap peserta, katanya, disediakan kira-kira 1.6 hektar tanah untuk kawasan pertanian dan 0.10 hektar untuk lot rumah serta membenarkan sedikit ruang tanah untuk tapak semaian di belakang rumah.

Menurut beliau, peserta terbabit meminta kawasan yang dirizabkan untuk tapak semaian tidak diceroboh dengan sewenang-wenangnya dan memohon pihak terbabit terutama PTJ Bachok, kerajaan negeri segera menyelesaikan masalah itu.

jongkomeng: Tanah patut diberi kepada orang yang belum bertanah, bukan kira 'orang luar' 'orang dalam' . 'Orang dalam' dah ada tanah 1.6 hektar seorang, nak apa lagi. Beri lah tanah tu kepada orang lain pulak. Lagipun 'orang dalam' sekarang ni pun asalnya 'orang luar' juga, jadi janganlah dijadikan isu 'orang dalam' 'orang luar'.

No comments:

Post a Comment