Sunday 1 February 2009

Kanak-kanak tonton TV 2,000 jam setahun


LONDON - Satu kajian membabitkan 3,000 kanak-kanak di Britain mendapati mereka menonton televisyen selama 1,934 jam atau 1,000 kali lebih banyak berbanding masa yang dihabiskan untuk belajar di sekolah, lapor sebuah akhbar semalam.

Kanak-kanak juga didapati menghabiskan masa selama lima jam 18 minit sehari untuk menonton rancangan kegemaran mereka.

Malah, kanak-kanak daripada keluarga berada turut mempunyai peti televisyen sendiri.

Menurut penyelidik Authors Ed Mayo dan Dr. Agnes Nairn, mereka mendapati kanak-kanak sekolah rendah mempunyai komputer peribadi manakala suku daripada mereka melayari Internet di bilik tidur.

"Pada masa lalu, kanak-kanak bergembira dengan buku di bilik tidur atau bermain dengan anak patung. Hari ini, kamar tidur kanak-kanak telah menjadi bilik berteknologi tinggi," kata Ed Mayo.- Agensi


jongkomeng: Walaupun kajian ini di negara barat, tetapi gejala ini telah menular ke negara kita terutama di kalangan kelas elit dan menengah.

3 comments:

  1. Betul betul. bdk2 suka mengadap TV je..skrg ni lg canggih ngadap pc plak.

    ReplyDelete
  2. bukan bebudak je..mak budak..bapak budak..bahkan mereka dan keluraga mereka pun sama..termasukla aku kot..

    ReplyDelete
  3. ada cara sebenarnya nak kurangkan tengok benda bercahaya maya tu. cuba mak n ayah budak tu kurangkan bilangan TV dlm rumah mereka (bagi yg ada > 1 TV), atau tak yah ada TV langsung, n sibukkan mlm2 dgn aktiviti ilmiah, lama2 memang anak2 jadi jakun

    ReplyDelete