Sunday 1 February 2009

Bapa dalam kotak hadiah

kosmo online 1 feb 2009

DAYTON - Gabriel Hurles, 6, terkejut besar apabila menerima kotak hadiah gergasi daripada ibunya yang isinya ialah bapanya sendiri yang sudah lama tidak ditemui, Casey Hurles, 23.

"Bapa saya," katanya semasa membuka hadiah itu kepada rakannya di Sutro Elementary School, Carson City, Dayton, Amerika Syarikat.

Casey tidak berjumpa dengan anaknya sejak Jun tahun lalu. Dia merupakan mekanik tentera AS yang dihantar bertugas ke Iraq. Mengetahui hari jadinya sama tarikh dengan kepulangannya, Casey bercadang mengejutkan anaknya itu.

Selepas peristiwa itu, Casey makan kek bersama Gabriel. Guru anaknya, Dawn VanSickle menunjukkan kain rentang mengandungi kata-kata 'selamat pulang dan terima kasih kerana perkhidmatan anda', yang ditujukan kepada tentera itu.

"Apa yang sering dikongsi oleh (Gabriel) kepada kami ialah ayahnya di Iraq dan dia sangat menunggu kepulangan ayahnya dari sana," kata Dawn.

jongkomeng: Bagus juga idea ini. Tentunya si anak sangat gembira kerana telah lama menunggu kepulangan ayahnya.

2 comments:

  1. Hok aloh mcm2..asal dia ni pulang dgn selamat?patut kena tembak smpai mati je kat Iraq tu.

    ReplyDelete
  2. bijok a tu..buat nyusahkan 'mat dispesh' je

    ReplyDelete