Thursday, 7 April 2011

MURID VS GURU

Guru retak batang hidung ditumbuk pelajar

KANGAR - Seorang guru cedera di bahagian hidung setelah ditumbuk oleh seorang pelajar ketika cuba mendapatkan penjelasan mengenai satu kes pergaduhan di Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Jaafar Hassan, Padang Besar dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, guru tersebut, Mariati Matail, 37, retak pada batang hidung akibat ditumbuk oleh pelajar tingkatan dua berkenaan di koridor bangunan sekolah itu.

Ketika kejadian, Mariati yang mengajar subjek Sejarah terserempak dengan pelajar terbabit yang dipercayai terlibat dalam pergaduhan dengan pelajar lain.

"Saya panggil pelajar itu dan mahu membawanya ke bilik guru untuk mendapatkan penjelasan mengenai pergaduhan itu.

"Bagaimanapun dalam perjalanan ke bilik itu, tiba-tiba dia menumbuk hidung saya," katanya ketika ditemui di Hospital Tuanku Fauziah (HTF) di sini semalam.

Akibat tumbukan tersebut, hidung Mariati berlumuran darah dan dia kemudian bergegas ke sebuah klinik untuk mendapatkan rawatan sebelum dirujuk ke HTF.


jongkomeng: minggu lepas 'murid mati didenda oleh guru', kes yg sangat terpencil. ini kes murid belasah guru pulak, kes begini agak kerap berlaku. ada ketika murid kena, ketika lain guru kena...agaknya inilah bala yang dikenakan oleh Allah SWT keatas manusia/masyarakat yang tidak mempedulikan syariatNya. wallahuaklam

2 comments:

  1. pekerjaan apa sekali pun, keikhlasan adalah penting dan Allah saja lah yg membalas nya.
    Pahit getir menjadi guru hanya guru saja yg tahu.

    ReplyDelete
  2. isunya bukan guru atau murid. isunya manusia dan kemanusiaan.

    ReplyDelete