Tuesday 8 February 2011

Penoreh raih RM8,000 sebulan


WAN ALIAS menoreh getah yang kini memberi pendapatan lumayan kepadanya di Felda Belara, Kuala Terengganu semalam.


KUALA TERENGGANU - Dengan hanya bekerja tiga hari seminggu, seorang penoreh getah di negara ini mampu meraih pendapatan di antara RM3,000 hingga RM8,000 sebulan.

Malah, kebanyakan penoreh getah yang ditemui mengakui pendapatan mereka sejak kebelakangan ini jauh lebih besar berbanding gaji sesetengah kakitangan kerajaan.

Seorang penoreh, Wan Alias Wan Muda, 37, dari Felda Belara dekat sini berkata, cuaca yang baik sejak sebulan lalu memberi peluang kepada penoreh getah sepertinya untuk meraih pendapatan tiga kali ganda lebih banyak berbanding sebelum ini.

Menurutnya, dengan harga getah di pasaran mencecah sehingga RM8 sekilogram, dia mampu meraih pendapatan bersih kira-kira RM3,500 sebulan.

"Kalau orang nak tanya berapa pendapatan saya sebulan, saya hanya boleh jawab pendapatan saya lebih besar daripada guru," katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

jongkomeng: Rezeki ada dimana2, Allah SWT akan mengurniakan kepada sesiapa yang rajin berusah.......

2 comments:

  1. tahniah dan syukur atas rezeki Allah kurniakan.
    jangan pergi menoreh pakai neck-tie dah la.

    ReplyDelete
  2. rezeki lebih dari seorang guru?
    Saya seorang guru mengucapkan tahniah, syukur dengan limpah kurnia Allah.Saya nak menoreh pun tak ada kebun..Huhuhuhhuuu...

    ReplyDelete