Tuesday 30 June 2009

INNA LILLAAHI WA-INNA ILAHI-RAJIUUN

PERISTIWA 1

Mati diserang jantung ketika bersama pondan


KUANTAN - Seorang lelaki warga emas diserang sakit jantung dan mati ketika dia berada berdua di bilik sewa pondan tersebut di tingkat satu sebuah bangunan di Jalan Tun Ismail di sini kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supritendan Zulkifli Taha berkata, ketika kejadian pada pukul 5.40 petang, mangsa berusia 78 tahun berasal dari Kubang Buaya di sini dipercayai datang bertandang ke bilik pondan itu.

"Ketika kejadian, mangsa yang bekerja sendiri dipercayai hanya berada dalam bilik itu berdua dengan pondan itu.

"Secara tiba-tiba mangsa dipercayai diserang sakit jantung sehingga tidak sedar diri sebelum berbaring di dalam bilik itu," kata beliau di pejabatnya di sini semalam.


PERISTIWA 2

Pelatih PLKN mati ketika tidur

KANGAR – Seorang pelatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) di Kem Guar Cenderai, Padang Besar yang baru seminggu mengikuti latihan ditemui mati oleh rakan-rakannya ketika dikejutkan untuk solat Subuh pagi semalam.

Abdul Malik Ishak, 18, dari Kampung Relong, Jeneri, Sik, Kedah, ditemui mati di atas katil di berek penginapan kem itu dalam keadaan kaku pada pukul 5.30 pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Padang Besar, Superintendan Che Man Md Deros, berkata, pelatih lain telah menggerakkan tubuh Abdul Malik untuk mengerjakan solat namun tiada tindak balas daripadanya.

“Selepas diperiksa oleh pihak pengurusan kem itu, mereka memaklumkan kepada Balai Polis Kaki Bukit untuk membawa Abdul Malik ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF), Kangar.

“Abdul Malik kemudian disahkan mati mengejut oleh doktor kerana tiada kesan kecederaan fizikal mahupun selepas bedah siasat awal dilakukan,” katanya kepada pemberita di HTF di sini semalam.

jongkomeng: Mati itu tidak terduga, jadi sentiasalah bersiap sedia. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat keatas roh mereka. Amin



Thursday 25 June 2009

Gempar Etok ‘gergasi’


KUALA TERENGGANU – Kemunculan etok, sejenis hidupan air tawar seakan-akan kupang yang bersaiz gergasi menggemparkan penduduk beberapa buah kampung sekitar Manir, di sini semalam.

Ini kerana biasanya etok yang dikutip oleh penduduk di sekitar Sungai Terengganu hanya bersaiz sebesar duit siling 20 sen tetapi kini sebesar tapak tangan.

Seorang penduduk di Kampung Belada Kolam, Wan Ali Wan Mohamad, 77, memberitahu, sepanjang hidupnya, itulah kali pertama dia melihat etok sebesar itu.

“Sudah lama saya menetap dan mengutip etok di kampung ini tetapi tidak pernah saya jumpa sebesar ini,” katanya ketika ditemui semalam.

Menurut Wan Ali, kebiasaannya saiz etok yang menjadi makanan tradisi penduduk Terengganu hanya sebesar duit syiling 20 sen.

Dapatkan berita selanjutnya di Kosmo!.

jongkomeng: Saiz etok ni memang sangat besar jika dibandingkan dengan etok biasa. Etok ni duduk kat sungai tu lama dah cuma penduduk tak menjumpainya, atau ia hanyut dari hulu sungai dan tiba di perkampungan tersebut; atau etok itu 'makan' sesuatu yang menyebabkan ia besar dengan cepat dan saiznya luar biasa. Apa-apa pun itulah kehendak Allah SWT.

Friday 19 June 2009

CEGAH SEBELUM PARAH

Pelatih bakar pusat serenti, cabar polis


TASIK GELUGOR - "Saya melihat dua pelatih pusat serenti yang menutup muka ala ninja berlari dengan membawa tong minyak manakala beberapa pelatih lain dengan kayu menaiki traktor mengelilingi tiga blok pentadbiran yang sedang terbakar."

Demikian cerita seorang penduduk, Ali Osman, 58, yang menyaksikan kejadian rusuhan yang tercetus di Pusat Serenti Kampung Selamat di Tasek Gelugor di sini semalam.

Ali yang tinggal kira-kira 500 meter dari pusat serenti tersebut berkata, rusuhan itu diketahui pada pukul 6 petang selepas dimaklumkan oleh seorang anaknya.

"Keadaan di pusat serenti tersebut hura-hara dengan sorakan pelatih yang merusuh dan mereka kelihatan ganas," kata beliau semasa ditemui tidak jauh dari pusat serenti itu malam tadi.

Wednesday 17 June 2009

MODAL 'AIR LIUR'


Air liur gadis 18 tahun dijual

BEIJING - Seorang wanita, Zhou Li di sini menjual air liur gadis remaja untuk tujuan kesihatan, lapor sebuah akhbar semalam.


Li mengenakan bayaran sebanyak AS$3.25 (RM11.40) bagi setiap botol yang mengandungi air liur itu di kedainya di Beijing, China.

Laman web kedainya itu memaparkan kartun dan maklumat berhubung air liur tersebut.

Menurut maklumat berkenaan, air liur itu diperoleh daripada gadis-gadis yang berumur 18 tahun ketika mereka sedang tidur. - Agensi

jongkomeng: Ada pepatah melayu mengatakan 'modal air liur'. Tapi ini betul2 air liur dijual utk perubatan. Apa khasiat air liur ni tak tahu la...

Air liur sebenarnya (apabila keluar dari mulut) sejenis najis yang didalamnya mengandugi virus2 penyakit.




Thursday 11 June 2009

Umur enam tahun patut dah boleh sekolah

KUALA LUMPUR - Kerajaan disaran supaya mengkaji semula usia persekolahan peringkat sekolah rendah yang ketika ini bermula pada umur tujuh tahun kepada enam tahun ekoran perkembangan minda kanak-kanak yang semakin pantas.

Perkara itu wajar dikaji secara serius kerana keadaan persekitaran pembelajaran untuk kanak-kanak kini semakin baik melalui pelbagai kemudahan yang sempurna.

Naib Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Aminah Ayob berkata, negara-negara Eropah termasuk Singapura sudah lama mengamalkan pendidikan di peringkat sekolah rendah bermula pada usia enam tahun.

"Sebenarnya kita sudah terlewat dan kerajaan patut melihat perkara ini," katanya ketika mempengerusikan Majlis Dialog UPSI Bersama Media di sini semalam.

Menurut beliau, negara ketika ini sudah cukup bersedia untuk melaksanakan cadangan tersebut dengan syarat peringkat pra sekolah sudah lengkap.

"Ada ibu bapa yang memasukkan anak-anak mereka ke pra sekolah seawal usia empat dan lima tahun dan mereka terpaksa menunggu lama untuk memulakan persekolahan peringkat rendah," ujarnya.

jongkomeng: Hak ni ambo sokong 100%, untuk menjadi negara maju hal ini patut disegerakan.  

Satu lagi ambo cadangkan bilangan  murid sesebuah  sekolah menengah hendaklah tidak melebihi 1000 orang.

Ada lagi 'Tingkatan 6' juga sepatutnya berasingan dari sekolah, sebab pelajar2nya telah berada pada tahap 'pra U'.

Baru la sistem pendidikan kita bertaraf dunia. 

Ni nak had MP SPM, Lulus B Inggeris sebagai syarat dapat sijil SPM. Hal ini akan menimbulkan kontrovesi.




Tuesday 9 June 2009

ORANG ISLAM DIBUNUH LAGI















Kosmo online melaporkan 11 orang jemaaah yang sedang bersolat di sebuah masjid di Narathiwat ditembak mati oleh sekumpulan 'pengganas'. 

NARATHIWAT - Kumpulan enam pengganas berbaju hitam yang menyerang jemaah Masjid Al-Furqan, selatan Narathiwat dekat sini malam kelmarin cukup kejam kerana mereka terus menembak mangsa walaupun ada yang sudah terbaring tidak bernyawa.

Serangan paling kejam itu, dan juga dikatakan yang pertama melibatkan jemaah dalam sebuah masjid di wilayah bergolak itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 11 orang.

Selepas melepaskan tembakan dari dua pintu masuk masjid, enam penyerang itu dikatakan masih tidak berpuas hati dan masuk ke dalam sebelum menembak sepuas hati untuk memastikan mangsa mereka benar-benar mati.

Sehingga kini masih belum dapat dipastikan motif sebenar pembunuhan itu tetapi ada yang berpendapat ia akibat dendam.

Seorang saksi, Hassan Deraman, 17, berkata, kejadian itu berlaku hanya dalam masa lima minit dengan empat lelaki menyerbu masuk ke dalam masjid dari pintu belakang manakala dua lagi menceroboh dari pintu sisi.

Kesemua pengganas itu dilihat memakai seragam hitam, bertopeng serta bersenjatakan raifal M-16 dan senapang patah.

jongkomeng: Semoga Allah mencucuri rahmatNya ke atas roh  mereka. Amin

Sunday 7 June 2009

NAK MENUNAIKAN HAJI TAPI...

Kaji semula vaksin haji

Saturday 6 June 2009

BILA KAYA RAYA


Putera Arab tempah pesawat RM1.68b

LONDON - Sebuah pesawat gergasi Airbus A380 yang berharga £300 juta (RM1.68 bilion) direka khas untuk seorang kerabat diraja dari Asia Barat, lapor sebuah akhbar semalam.

Namun, apabila pengubahsuaian pesawat itu siap tiga tahun lagi, ia bakal menjadi jet peribadi terbesar di dunia.

Pemilik sebenar pesawat tersebut masih belum diketahui tetapi Putera Al-Waleed bin Talal dari Arab Saudi disebut-sebut membuat tempahan itu.

Reka bentuk dalaman pesawat itu direka oleh firma Design Q yang beribu pejabat di Worcestershire, Britain.

Antara kemudahan yang terdapat dalam pesawat itu ialah tempat menyimpan sebuah kereta, dewan konsert, bilik mesyuarat dan sebuah bilik solat yang mempunyai tikar sembahyang menghadap ke arah Kaabah.

Ia turut dilengkapi dengan sebuah zon rehat, sebuah bilik mandi yang mempunyai seni bina Turki dan ruang yang membolehkan penumpang melihat pemandangan di bawah lantai pesawat seperti hutan, gunung serta laut.

Pesawat itu pada kebiasaannya mampu membawa sebanyak 600 penumpang. - Agensi


jongkomeg: Bila duit banyak macam2 boleh buat. Duit jika digunakan secara baik: kejalan yang diredhai Allah, boleh menjadi peyelamat diakhirat nanti.

Thursday 4 June 2009

APA JENIS IBU INI ?

Sumbat najis dalam saluran makanan anak

USTIN - Seorang ibu muda, Emily Beth McDonald dihadapkan ke mahkamah selepas didapati berulangkali memasukkan najis manusia ke dalam tiub makanan anak perempuannya yang berusia tiga tahun, lapor sebuah akhbar semalam.

Dalam kes di Amerika Syarikat (AS) itu, McDonald, 23, didakwa cuba mendatangkan kecederaan terhadap anaknya yang membawa hukuman penjara seumur hidup sekiranya didapati bersalah.

Polis berkata, perbuatan itu dilakukan sekali pada Ahad lepas, ketika kanak-kanak berkenaan sedang dirawat di Pusat Rawatan Kanak-Kanak Dell di sini akibat penyakit cirit-birit yang berpanjangan.

Menurut polis, rakaman kamera video litar tertutup (CCTV) hospital menunjukkan dia memasukkan najis dari sehelai lamping terpakai ke dalam tiub makanan yang disambung terus ke saluran darah anaknya.- Agensi


jongkomeng: memang pelik juga si ibu ni, tapi kat malayasia ni ada ibu yang 'mencekik' terus bayinya, kemudian campaklah kat mana2.

Wednesday 3 June 2009

Bimbang pelajar abai subjek Agama

KUALA LUMPUR - Persatuan Peguam Syarie Malaysia bimbang keputusan Kementerian Pelajaran mengurangkan subjek teras daripada enam kepada empat dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) akan membuatkan pelajar Islam tidak memilih subjek Agama dalam SPM.

Timbalan Presidennya, Musa Awang berkata, jika itu berlaku, beliau bimbang ia akan menghasilkan satu generasi yang tidak mengenali atau keliru dengan agamanya.

Menurut beliau, pengurangan subjek teras itu adalah ekoran keputusan Kementerian Pelajaran yang mengehadkan pengambilan subjek dalam peperiksaan SPM kepada 10 bermula tahun depan.

"Perubahan drastik ini amat mengejutkan lebih-lebih lagi ketika konsep peperiksaan terbuka sebelum ini baru sahaja diperkenalkan.

"Jika dikatakan masalah ini timbul kerana bebanan akademik terhadap pelajar, kami berpendapat masalah ini tidak timbul kerana mereka berkeupayaan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.


jongkomeng: Dalam UPSR MP Agama tiada dalam peperiksaan. Kalau peringkat SPM pun tidak diwajibkan, maka makin terabailah 'agama' dikalangan umat Islam. Apabila sesuatu MP hanya dipelajari disekolah tetapi tidak di'periksakan' maka nasib MP itu sangat muram, con: Pendidkan Seni.

Monday 1 June 2009

PASIR MAS: MEWAH ?

                                                           (sumber:kosmo online)

Bandar Pasir Mas bandar mewah ? Sebab pasir kat sini pun mas . Maknanya kalau rajin berusaha fezeki ada di mana2.


Che Som Ahmad, 47, misalnya sekadar meletakkan sebuah meja di depan sebuah farmasi dan meletakkan papan tanda – ‘Di sini ada membeli emas, berlian dan surat pajak gadai’. 

Pasir Mas masih selamat berbanding Kuala Lumpur. Tetapi kami sentiasa berjaga-jaga juga,” kata Che Som yang sebelum ini sekadar menggunakan kerusi tanpa meja untuk berurus niaga
(sumber:kosmo onlone)

jongkomeng: Keselamatan, kesihatan, rezeki bukan semata2 daripada usaha kita, sebaliknya anugerah daripada Allah SWT kepada hambaNya yang taat.