Friday 28 August 2009

90,000 solat di Masjid Al-Aqsa


BAITULMAQDIS - Kira-kira 90,000 orang membanjiri pekarangan Masjid Al-Aqsa di sini untuk solat Jumaat yang pertama pada bulan Ramadan.

Polis Israel melaporkan tiada sebarang insiden besar berlaku selepas penduduk lelaki Palestin berusia 50 tahun ke atas manakala wanita yang berumur lebih 45 tahun dibenarkan memasuki pekarangan masjid itu.

Sebelum ini, penduduk Palestin dari Tebing Barat dan Genting Gaza dilarang memasuki Baitulmaqdis yang ditakluk rejim Zionis selepas Perang Enam Hari pada 1967.

Di pos pemeriksaan Qalandia iaitu pintu masuk ke Baitulmaqdis, orang ramai berbaris panjang sejak awal pagi untuk bersolat di masjid itu. - AFP


jongkomeng: Kat tempat kita kalau puluh2 ribu ni bila tengok konsert, tengok bola ada la..kalau bab solat ni penuh juga la masjid, tapi tak ada sampai puluh2 ribu.

Portal Kementerian Pelajaran jadi sasaran penggodam


KUALA LUMPUR - Portal Kementerian Pelajaran telah diceroboh selama lebih 24 jam oleh penggodam yang hanya dikenali sebagai Isarock sejak kelmarin.

Ia hanya disedari apabila wartawan Kosmo! cuba mengakses portal itu malam tadi dan mendapati laman utamanya telah digodam dipercayai individu dari negara jiran berdasarkan protokol internet (IP) yang ditinggalkan.

Selain meletakkan gambar serta alamat blognya, penggodam tersebut sempat mengucapkan "Selamat menjalankan ibadah puasa bagi anda yang menjalankannya.''

Wartawan Kosmo! menghubungi Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd. Dom yang terkejut dengan kejadian itu yang dianggapnya kes pertama dilaporkan setakat ini.

Beliau kemudian dipercayai telah bertindak menghubungi pegawainya sebelum akses ke portal berkenaan serta-merta disekat untuk kerja-kerja penyelenggaraan.

jongkomeng: Apa yang mereka nak ya...tunjuk teror kut...

Wednesday 26 August 2009

Tiada sambutan ambang merdeka di Dataran Merdeka dan KLCC

KUALA LUMPUR: Tiada sebarang sambutan ambang merdeka akan diadakan di dua lokasi utama sambutan itu seperti tahuntahun sebelum ini iaitu di Dataran Merdeka dan Menara Berkembar Petronas (KLCC) bagi menghormati bulan Ramadan selain penularan wabak Influenza A(H1N1) yang semakin meningkat.

Jurucakap Unit Komunikasi Korporat Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berkata sehingga kini pihaknya tidak mendapat permohonan daripada manamana pihak untuk mengadakan sebarang sambutan di sekitar ibu kota.

"Tiada sambutan ambang merdeka seperti konsert, percikan bunga api dan countdown (kiraan detik masa) akan diadakan di sekitar Kuala Lumpur terutamanya di lokasi utama di Dataran Merdeka seperti yang dilakukan pada tahuntahun sebelum ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Sementara itu, jurucakap Petronas berkata sambutan ambang merdeka bagi mengira detik 12 tengah malam tidak akan dilakukan di Taman KLCC memandangkan pada malam itu, ia dipenuhi dengan program keagamaan seperti solat tarawih.

"Pihak kami ada mengibarkan bendera Malaysia yang boleh dilihat di dalam dan luar bangunan KLCC bagi memeriahkan sambutan Hari Kemerdekaan ke52 ini, selain sebuah papan iklan dengan 'tagline' 1Warisan 1Matlamat di hadapan bangunan menara berkembar," katanya.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim barubaru ini mengumumkan lokasi bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-52 yang sebelum ini dijadual diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil, ditukar ke Dataran Parlimen atas sebab yang sama. BERNAMA


jongkomeng: Molek benar lah ni sebab rakyat malaysia dah terlebih hiburan kekurangan amalan kebajikan.

Monday 24 August 2009

Hukuman sebat ditangguh


Oleh HAFIZ ABBAS
mohdhafiz.abbas@kosmo.com.my

KUANTAN - Hukuman sebat ke atas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor kerana meminum arak yang sepatutnya dijalankan minggu ini ditangguhkan bagi menghormati bulan Ramadan.

Pengerusi Jawatankuasa Dakwah Islamiah, Perpaduan dan Badan-Badan Bukan Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Sahfri Abdul Aziz berkata, pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) telah pergi ke rumah Kartika di Sungai Siput, Perak untuk menahan wanita itu sebelum dihantar ke Penjara Kajang, Selangor bagi menjalani hukuman tersebut.

Bagaimanapun, pada masa yang sama, Mohd. Sahfri memberitahu, JAIP telah menerima sepucuk surat daripada pejabat Peguam Negara yang menasihatkan jabatan itu agar melepaskan Kartika buat sementara waktu kerana hukuman tersebut didapati tidak sesuai untuk dijalankan sekarang.

"Hukuman itu masih kekal tetapi bagi menghormati bulan Ramadan, dia (Kartika) akan disebat selepas bulan puasa. Memang benar Kartika dibebaskan tetapi ia hanya untuk sementara waktu," katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Wanita itu tetap akan dibawa ke penjara tersebut untuk ditahan selama seminggu seterusnya menjalani hukuman enam sebatan sebagaimana diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 18 Julai lalu.


jongkomeng: Biasanya yang menangguhkan aktivti ni 'artis-artis' dengan tidak mengadakan konsert pada bulan Ramadhan, demi menghormati bulan Ramadhan.

Sunday 23 August 2009

Tiket bas balik raya habis

KUALA LUMPUR - Orang ramai yang ingin pulang berhari raya menggunakan bas ekspres terkejut apabila hampir semua tiket habis dijualmeskipun baru dua hari umat Islam menunaikan ibadah puasa.

Tinjauan Kosmo! di beberapa hentian bas di sekitar ibu negara mendapati, kebanyakan tiket terutama pada 'waktu puncak' iaitu dari 17 hingga 19 September bagi perjalanan ke Pantai Timur telah habis dijual.

Bagaimanapun tiket bagi perjalanan ke utara tanah air masih ada dijual.

Sementara itu, di Ipoh, Perak, kebanyakan tiket bas ekspres di sini juga habis dijual.

Tinjauan terminal bas di sini mendapati, tiket bas ekspres bagi perjalanan dari Ipoh menuju ke Utara Semenanjung, Pantai Timur dan Kuala Terengganu habis dijual sebelum puasa lagi.


jongkomeng: Balik kampung pada hari raya merupa satu kemestian bagi para perantau. Ini menunjukkan hubungan kekeluargaan yang masih erat dikalangan masyarakat kita. Cumanya 'sistem pengangkutan awam' belum mampu memenuhi keperluan warga yang ingin pulang kekampung.

Saturday 22 August 2009

Resah menunggu disebat

SUNGAI SIPUT - Model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, kini resah menunggu detik menjadi wanita pertama di Malaysia disebat atas kesalahan meminum arak.

Ibu kepada dua orang anak itu bagaimanapun sudah bertekad untuk menghadapi hukuman itu tanpa ada niat melarikan diri.

Dia sudah banyak kali menunaikan solat hajat dan berdoa kepada Allah agar diberikan keberanian dan ketenangan.

"Saya tidak akan lari. Saya tahu ramai bersimpati dan menyokong saya.

"Saya cuma berharap saya mampu menghadapi hukuman itu meskipun ia dibuat pada bulan Ramadan,'' katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Jawang, Sungai Siput, kira-kira 70 kilometer dari sini semalam.

Kartika akan dibawa ke Penjara Kajang, Selangor untuk ditahan selama seminggu sebelum dikenakan hukuman sebat enam kali di situ.

jongkomeng: Apabila seseorang 'hamba' yang terpesong atau tersalah, maka dia tahu jalan untuk kembali kepada 'Penciptanya'. Insya-Allah diterima taubatnya.

Hukuman bukan semata2 untuk mendera, sebaliknya untuk memberi pengajaran dan keinsafan.

Friday 21 August 2009

AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN

Hanya ada 400,000 dos vaksin

BANGI - Malaysia tidak dapat membuat tempahan yang banyak untuk vaksin selesema babi atau H1N1, malah stok pertama yang dijangka tiba Oktober ini hanya 400,000 dos disebabkan persaingan sengit untuk mendapatkannya.

Bilangan dos itu dipercayai hanya mencukupi untuk para petugas barisan hadapan wabak.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata, persaingan untuk mendapatkan vaksin H1N1 cukup sengit selepas wabak itu menyerang banyak negara.

Namun, katanya, kementerian sedang berusaha membuat tempahan susulan daripada syarikat-syarikat pengeluar.

"Kita tidak dapat buat banyak tempahan pada peringkat pertama ini kerana hakikatnya semua negara kini berebut-rebut membelinya untuk rakyat masing-masing,'' katanya kepada pemberita pada majlis Syarahan Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini semalam.

Tiong Lai berkata, pihaknya perlu memantau keberkesanan vaksin itu terlebih dahulu sebelum digunakan.

"Jika ia berkesan, baru kita akan membuat lebih banyak tempahan,'' katanya.

jongkomeng: Dengar cerita negara2 'kaya dan kuat' menempah vaksin H1N1 sampai berbilion dos. Rupanya depa ni takut juga ya... sebagai orang Islam kita jagan lupa berdoa tambah2 lagi di bulan ramadhan al mubarak ni. Pada bulan ini Allah SWT memakbulkan doa hamba2Nya.

Thursday 20 August 2009

Motosikal dijual macam 'pisang goreng panas'


NIBONG TEBAL - Hanya dalam tempoh kira-kira setengah jam, semua 22 buah motosikal yang disita oleh polis di Seberang Perai Selatan (SPS) habis dijual dalam satu lelongan awam di Balai Polis Daerah Nibong Tebal semalam.

Kesemua motosikal dari pelbagai jenis dan model itu dijual pada harga serendah RM25 hingga RM350 sebuah.

Ketua Polis Daerah SPS, Supritendan Shafien Mamat berkata, motosikal yang dijual itu merupakan kenderaan yang tidak dituntut oleh pemiliknya walaupun tempoh yang ditetapkan telah tamat.

"Semua 22 buah motosikal ini adalah motosikal yang ditemui tanpa pemilik dan sebahagian lagi disita.

"Untuk tujuan lelongan, kita telah minta bantuan dari- pada JKR (Jabatan Kerja Raya) untuk membuat penilaian motosikal berkenaan berdasarkan keadaannya," katanya di sini semalam.

Menurut Shafien, antara motosikal yang dilelong ialah dari model Modenas Kriss, Kawasaki 150cc, Yamaha 125Z, Yamaha 100, Suzuki TXR 150, Suzuki FD 110, Suzuki RU110, Honda TH 110 dan Honda C70.

Jelasnya lagi, walaupun dilelong pada harga rendah, ada di antaranya masih boleh didaftarkan semula untuk digunakan di atas jalan raya walaupun mengalami kerosakan.


jongkomeng: RM25 sebuah macm beli ikan kat pasar, patutlah 30 minit dah habis...

Jangan campur urusan zakat - Sultan Selangor


Oleh MEGAT RAMLI MEGAT RAOF
megat@kosmo.com.my

SHAH ALAM - Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah (gambar) tidak memperkenankan wang kutipan zakat diambil, dipinjam atau disalurkan untuk tujuan lain.

Tegas baginda, segala kutipan wang zakat di negeri ini hanya boleh digunakan untuk membantu umat Islam dan pembangunan ummah.

"Beta tidak berkenan mereka yang luar daripada pentadbiran Lembaga Zakat Selangor (LZS) campur tangan dalam pengurusan zakat negeri ini," titah baginda.

Sultan Sharafuddin bertitah demikian ketika merasmikan Konvensyen Integriti Pengurusan Zakat Selangor di Hotel Blue Wave di sini semalam.

Hadir sama pada majlis itu ialah Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abdul Wahid; Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Datuk Mohamad Adzib Mohd. Isa.

Sehubungan itu, baginda berharap Jabatan Mufti Selangor, MAIS, LZS dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) bekerjasama untuk memastikan pengurusan zakat dapat dijalankan dengan baik supaya memberi manfaat kepada umat Islam di negeri itu.


jongkomeng: Setuju dengan saranan Sultan Selangor ni...... wang zakat ni hendaknya sampai kepada asnaf yang 8 itu.

Thursday 13 August 2009

Dilarang berenang kerana pakaian renang


PARIS - Pihak berkuasa Perancis menyatakan seorang wanita Islam, Carole dilarang menggunakan sebuah kolam renang awam dekat sini kerana dia memakai baju renang yang menutup aurat.

Carole yang telah memeluk agama Islam membeli pakaian renang itu pada harga AS$66 (RM233) ketika bercuti di Dubai.

Datuk Bandar Emerainville, Alain Kelyor memberitahu, kelmarin wanita berusia 35 tahun itu memakai burquini iaitu baju renang yang menutup hampir keseluruhan tubuh wanita kecuali muka dan tapak tangan.

Beliau dan beberapa pegawai kerajaan menyatakan pakaian itu tidak bersih dan membahayakan perenang lain.

Wanita tersebut membuat laporan polis kerana menganggap larangan tersebut bersifat diskriminasi. - Agensi


jongkomeng: Inilah kepelikan manusia yang 'cetek akal', yang dedah aurat boleh mandi di kolam, manakala yang menutup aurat tak boleh.

Saturday 8 August 2009

MUDAHNYA ANAK REMAJA....

Remaja dirogol lelaki baru dikenali

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja perempuan yang menghuni sebuah rumah anak yatim di Marang mendakwa dirogol lelaki yang baru dikenali selepas menerima pelawaan mereka untuk menginap di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, Ahad lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dan seorang lagi rakan dikatakan dalam perjalanan pulang ke asramanya selepas menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di Setiu.

Bagaimanapun, mangsa bersama rakannya mendakwa kehabisan duit tambang untuk pulang ke asrama berikutan wang tunai dan telefon bimbit rakannya itu dicuri sebelum remaja berusia 14 tahun itu dipelawa seorang lelaki untuk menginap di hotel bajet berhampiran Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Lelaki itu mulanya dikatakan menyewa bilik berkenaan untuk kedua remaja itu bermalam

Bagaimanapun, pada keesokan hari, mangsa terus bermalam di hotel berkenaan selepas termakan pujuk rayu lelaki yang mendakwa pekerja hotel terbabit.

Sumber polis berkata, kesempatan itu digunakan suspek berusia 20 tahun dari Kampung Sungai Tong, Setiu dengan meminta rakan mangsa tidur di bilik berasingan secara percuma bagi membolehkannya melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa.

Menurutnya, mangsa bersama rakan terbabit dikatakan hanya pulang ke asrama sejurus keluar dari hotel itu kira-kira jam 1 tengah hari, Selasa lalu sebelum disoal siasat warden asrama yang mencurigai berlaku kejadian tidak diingini berikutan mangsa tidak pulang pada waktu ditetapkan.

"Desakan warden itu yang mengesyaki berlaku kejadian buruk menimpa remaja berkenaan berikutan wajahnya yang murung dan ketakutan, membongkar rahsia dia dirogol ketika di hotel terbabit," katanya.

Beliau berkata, terkejut dengan pengakuan itu, warden berkenaan kemudian membawa mangsa dan rakannya ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat aduan, kira-kira jam 1 pagi, Rabu lalu sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan kesihatan.

jongkomeng: Berita begini seringkali dipaparkan di akhbar. Remaja perempuan sangat mudah mengikut ' lelaki hidung belang', bila dah terjadi 'sesuatu' baru nak menyesal.

Thursday 6 August 2009

Isteri sakit: Pak Su gian peluk, cium janda

KUALA TERENGGANU - Seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun melepaskan gian ketika isterinya sakit dengan memeluk dan meraba seorang janda di Kampung Bukit Perpat, Ajil di sini kelmarin.

Dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu, janda berusia 51 tahun dan mempunyai sembilan anak itu dalam perjalanan ke kebun getah tidak jauh dari rumahnya.

"Setiba di kebun getah, janda itu terserempak dengan lelaki yang dipanggilnya sebagai Pak Su.

"Pak Su didakwa terus memeluk dan meraba mangsa selain mencium leher dan menyelak baju mangsa," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner, Mohd. Fauzi Abduri di sini semalam.

Menurut beliau, mangsa dapat melepaskan diri selepas menyepak kemaluan Pak Su dan melarikan diri ke sebuah kedai berhampiran.

Katanya, polis yang menerima laporan mangsa telah menahan suspek yang juga merupakan jiran mangsa di rumahnya pada pukul 9.45 malam kelmarin. (kosmo online)


jongkomeng: Baca berita ni lucu pun ada, geram pun ya jugak, ... Itulah hikmahnya Islam membenarkan kawin 4...jangan marah..

Tuesday 4 August 2009

GAMBAR SYAHDU

NAJIB memegang anak kambing biri-biri bersama Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat selepas merasmikan ECER SEZ dan Projek Agropolitan ECER di Runchang, Pekan, Pahang semalam.
(sumber: kosmo online)