Saturday 8 August 2009

MUDAHNYA ANAK REMAJA....

Remaja dirogol lelaki baru dikenali

KUALA TERENGGANU: Seorang remaja perempuan yang menghuni sebuah rumah anak yatim di Marang mendakwa dirogol lelaki yang baru dikenali selepas menerima pelawaan mereka untuk menginap di sebuah hotel bajet di bandar raya ini, Ahad lalu.

Difahamkan, sebelum kejadian, mangsa dan seorang lagi rakan dikatakan dalam perjalanan pulang ke asramanya selepas menghabiskan cuti hujung minggu bersama keluarga di Setiu.

Bagaimanapun, mangsa bersama rakannya mendakwa kehabisan duit tambang untuk pulang ke asrama berikutan wang tunai dan telefon bimbit rakannya itu dicuri sebelum remaja berusia 14 tahun itu dipelawa seorang lelaki untuk menginap di hotel bajet berhampiran Perhentian Bas Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).

Lelaki itu mulanya dikatakan menyewa bilik berkenaan untuk kedua remaja itu bermalam

Bagaimanapun, pada keesokan hari, mangsa terus bermalam di hotel berkenaan selepas termakan pujuk rayu lelaki yang mendakwa pekerja hotel terbabit.

Sumber polis berkata, kesempatan itu digunakan suspek berusia 20 tahun dari Kampung Sungai Tong, Setiu dengan meminta rakan mangsa tidur di bilik berasingan secara percuma bagi membolehkannya melakukan perbuatan terkutuk terhadap mangsa.

Menurutnya, mangsa bersama rakan terbabit dikatakan hanya pulang ke asrama sejurus keluar dari hotel itu kira-kira jam 1 tengah hari, Selasa lalu sebelum disoal siasat warden asrama yang mencurigai berlaku kejadian tidak diingini berikutan mangsa tidak pulang pada waktu ditetapkan.

"Desakan warden itu yang mengesyaki berlaku kejadian buruk menimpa remaja berkenaan berikutan wajahnya yang murung dan ketakutan, membongkar rahsia dia dirogol ketika di hotel terbabit," katanya.

Beliau berkata, terkejut dengan pengakuan itu, warden berkenaan kemudian membawa mangsa dan rakannya ke Balai Polis Kuala Terengganu untuk membuat aduan, kira-kira jam 1 pagi, Rabu lalu sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk pemeriksaan kesihatan.

jongkomeng: Berita begini seringkali dipaparkan di akhbar. Remaja perempuan sangat mudah mengikut ' lelaki hidung belang', bila dah terjadi 'sesuatu' baru nak menyesal.

No comments:

Post a Comment